Manaqib Al-Imam Ali Zainal Abidin bin Husain r.a.

Sayyidina Ali bin Husain digelar Zainal Abidin kerana ibadahnya yang banyak. Beliau dilahirkan di Madinah Asy-Syarifah pada hari Khamis 15 Sya’ban 38 Hijrah, dua tahun sebelum Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. wafat. Manakala kunyahnya yang masyhur ialah Abu Hassan dan sebahagian ulama’ menyatakan bahawa kunyahnya ialah Abu Muhammad, dikatakan dalam pendapat yang lain Abu Bakar dan yang paling masyhur ialah Zainal Abidin, Sayyidul Abidin, Az Zaki, Al Amin dan Zun Nafahat.
Beliau mempunyai kulit yang kehitam-hitaman, berbadan kurus dan rendah. Sultan yang memerintah pada zamannya ialah Marwan, Abdul Malik dan anaknya.
Bondanya bernama Salafah dan digelar dengan gelaran Syahin Zauan yang bermaksud Raja Perempuan. Ketika beliau dan ayahnya berada di Karbala, beliau ditimpa penyakit yang menyebabkan beliau hanya mampu terlantar di atas katil sahaja dan bukannya dibunuh sepertimana yang dikatakan. Ibnu Umar berkata: “Ini merupakan pandangan yang sohih”.
Az Zuhri dan Ibnu Uyainah menyatakan: “Kami tidak mendapati di kalangan orang Quraisy yang lebih baik daripada Ali Zainal Abidin. Az Zuhri berkata: “Aku tidak melihat seorang yang lebih faqih melainkan Sayyidina Ali Zainal Abidin. Ibnu Musayyib berkata: “Aku tidak pernah melihat seorang yang lebih wara’ dari Sayyidina Ali Zainal Abidin.
Daripada Abi Hamzah menyatakan bahawa Sayyidina Ali bin Sayyidina Husain bersembahyang sehari semalam sebanyak 1000 rakaat. Ketika mengambil wudhu’ untuk bersembahyang mukanya menjadi pucat. Sahabat bertanya: “Apakah yang terjadi kepada kamu ketika kamu berwudhu?’ Maka beliau menjawab: “Adakah kamu tidak mengetahui siapa yang ingin aku hadapkan sekarang ini?”
Daripada Tawus berkata: “Suatu malam aku masuk ke dalam bilik dan kemudian Sayyidina Ali Zainal Abdidin r.a. masuk ke dalam bilik tersebut lalu bersembahyang begitu lama dan memanjangkan sujudnya. Melihat keadaannya saya berkata: “Seorang lelaki yang soleh daripada rumah kenabian, lalu aku meminta doa darinya dan aku mendengar beliau berkata (mengajarkan doanya):
Maka Tawus berkata: “Demi Allah! Tidaklah aku meminta dan berdoa (dengan menggunakan doa) daripada kesusahan melainkan Allah memudahkan urusan aku.
Kata Ibnu Aisyah: “Saya mendengar penduduk Madinah berkata: “Kami tidak kehilangan sedekah sirr (rahsia) melainkan selepas kewafatan Sayyidina Ali bin Husain r.a.” Muhammad bin Ishak berkata: “Adakah penduduk Madinah yang miskin dapat menikmati kehidupan tetapi tidak dapat mengetahui punca dari mana datangnya makanan dan minuman mereka. Setelah kewafatan Sayyidina Ali bin Husain r.a., maka mereka kehilangan punca rezeki yang mereka dapati pada waktu malam di rumah mereka.”
Semasa hayatnya, Ali Zainal Abidin memikul bungkusan roti di belakangnya pada waktu malam untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Ketika memandikan jenazah beliau, mereka mendapati terdapat kesan hitam di belakangnya. Mereka bertanya: “Tanda apakah ini?” Sahabat-sahabatnya menyatakan: “Ini adalah kesan beliau memikul bungkusan gandum pada waktu malam di belakangnya yang beliau agihkan kepada penduduk Madinah yang miskin.” Setelah kewafatannya, didapati beliau telah menyedekahkan sebanyak 100 buah rumah.
Diriwayatkan ketika beliau sakit, datang sekumpulan sahabat Rasulullah SAW lalu berkata: “Bagaimana keadaan kamu wahai cucu Rasulullah SAW, tebusan kamu adalah diri kami”. Maka Sayyidina Ali Zainal Abidin menjawab: “Saya berada di dalam afiat dan Allahlah tempat untuk dipuji. Bagaimana pula keadaan kamu semua?” Sahabat-sahabat Nabi menjawab: “Keadaan kami demi Allah, untuk kamu wahai anak Rasulullah SAW yang mengasihi dan menyayangi.” Maka Imam Ali Zainal Abidin menyatakan kepada mereka: “Sesiapa yang kasih kepada kami kerana Allah, maka Allah akan menempatkan mereka di bawah naungan Illahi dan sesiapa yang mencintai kami kerana inginkan pemberian kami, maka Allah akan memberikannya di dalam syurga, dan sesiapa yang mencintai kami kerana dunia, maka Allah akan mencurahkan rezeki yang tidak disangka-sangka.
Beliau wafat akibat diracun oleh Al Walid bin Abdul Malik. Beliau dikebumikan di Baqi’ iaitu tempat disemadikan bapa saudaranya, Hasan bin Ali bin Abi Talib. Beliau meninggalkan 15 orang anak iaitu 11 orang lelaki dan 4 orang perempuan.

Dipetik dari: Al-Muhajir (Rejab 1421 H) – oleh: Ustaz Roslan bin Abd. Razak

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: